AI Development

Latihan Bersama Dengan Lembaga Koko Malaysia

T
Team@Qbyt
Feb 14, 2026
Latihan Bersama Dengan Lembaga Koko Malaysia

Semalam kami ada peluang untuk berkongsi ilmu tentang "Vibe Coding" - atau yang kami panggil AI-assisted programming - dengan kawan-kawan dari Lembaga Koko Malaysia dan UMS Digital.

Jujurnya, ini bukan sesuatu yang rumit atau canggih sangat. Ia sebenarnya tentang bagaimana kita boleh gunakan AI seperti Claude atau ChatGPT untuk membantu tulis kod dengan lebih pantas. Bayangkan - instead of kita taip baris demi baris kod, kita cuma terangkan apa yang kita mahu, dan AI tolong buatkan draft pertama.


Yang best pasal sesi ni adalah ramai yang datang bukan programmer hardcore pun. Ada yang telah lama tidak membuat pembangunan sistem dan lebih kepada pengurusan. Tapi semua excited mahu belajar sebab mereka nampak peluang - maybe boleh automate kerja mereka, atau buat simple tools untuk mudahkan proses harian.


Satu benda yang saya tekankan: ini bukan tentang AI ganti manusia. Ini tentang AI jadi assistant kita. Kita masih kena faham logik, kita masih kena tahu apa yang kita nak buat. Cuma sekarang kita ada helper yang boleh speed up kerja kita.


Feedback yang paling berharga? "Terima kasih byk2, peserta kursus dari LKM, dan komen2 +ve dan cadang mo tambah lagi training teknikal" - ini yang beri semangat. Bila orang nampak value, bila mereka rasa ini boleh bantu kerja mereka, barulah kita tahu ilmu yang kita kongsi tu ada makna.


Untuk sesiapa yang nak tahu lebih, atau nak belajar macam mana nak start guna AI untuk coding (even kalau pun bukan programmer), jangan segan nak reach out. Kita semua belajar sama-sama.

Yang penting - technology ni untuk semua orang. Bukan untuk experts je. Kalau ada tools yang boleh mudahkan kerja, kenapa tak cuba?



TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN DARI LEMBAGA KOKO MALAYSIA

Photo Gallery

Images from meetings, events, and client activities

Share this post

Need Help with Your Project?

Let's discuss how we can help you achieve your goals with our expertise.

Get in Touch